Prinsip Barcelona 3.0, dibentangkan ketika Sidang Maya AMEC oleh Ben Levine, Pengarah TRUE Global Intelligence dan Pengarah Lembaga AMEC.

Evolusi Prinsip Barcelona yang dipercayai di seluruh dunia akan menajamkan fokus industri komunikasi ke arah yang lebih memberi impak, mementingkan integriti dan menyeluruh.

Telah lebih sepuluh tahun sejak Prinsip Barcelona diperkenalkan sebagai kata sepakat seluruh industri berkenaan pengukuran dan penilaian, dan lima tahun sejak penambahbaikannya. Di dalam industri komunikasi yang pesat membangun, banyak perubahan telah berlaku.

Disebabkan itu Prinsip Barcelona 3.0 menetapkan bahawa amalan biasa di tahun 2010 dan 2015 berkemungkinan telah menjadi lapuk, lantaran pelbagai pembaharuan yang berlaku sejak 2-3 tahun yang lalu. Di samping itu, ia juga telah diperluaskan untuk merangkumi kepentingan pengukuran dan penilaian komunikasi terhadap bidang seperti komunikasi kerajaan, badan amal, badan bukan kerajaan serta badan bukan komersial.

Prinsip Barcelona 3.0: suatu penjelasan

1. Penetapan tujuan sebagai prasyarat mutlak untuk perancangan, pengukuran, dan penilaian komunikasi.

Prinsip SMART (spesifik, boleh diukur, pelaksanaan, relevan, dan mengikut masa) yang menjadi asas kepada perancangan komunikasi telah dinaik taraf menjadi prasyarat penting. Ini akan memacu pengukuran dan penilaian sebagai komponen teras dalam proses perancangan, mengartikulasikan hasil sasaran, dan bagaimana kemajuan ke arah hasilnya akan dinilai.

2. Pengukuran dan penilaian harus mengenal pasti hasil, kesan, dan potensi daripada kesan tersebut.

Sebelum ini, Prinsip Barcelona mengesyorkan agar hasil penilaian diukur dan bukannya hanya dihitung. Prinsip yang baharu memperluaskannya untuk menambah kesan jangka panjang strategi komunikasi. Menurut Levine, ini bermaksud memikirkan tentang “saluran yang akan terkesan, dan perubahan yang ingin dilihat melalui kempen, acara, dan pengaktifan strategi”.

3. Hasil dan impak harus diidentifikasi untuk pihak berkepentingan, masyarakat, dan organisasi.

Dari fokus asal pada metrik perniagaan, seperti penjualan dan keuntungan, kemas kini 2020 akan merangkumi pandangan prestasi yang lebih holistik. Ia mendorong kepada suatu model yang merangkumi lebih pelbagai organisasi dan peranan komunikasi yang tidak semestinya didorong oleh keuntungan.

4. Pengukuran dan penilaian komunikasi harus merangkumi analisis kualitatif dan kuantitatif.

“Untuk memahami impak menyeluruh kerja anda, adalah penting untuk anda menggunakan seluruh kaedah untuk mengukur hasil tersebut,” ujar Levine dalam menerangkan berkenaan evolusi prinsip ini yang tidak hanya sekadar mengukur, tetapi juga memahami bagaimana mesej komunikasi diterima, dipercayai, dan ditafsirkan.

5. Nilai pengiklanan (AVE) adalah bukan nilai komunikasi.

Mesej yang konsisten dan jelas adalah “kami terus percaya bahawa AVE tidak menunjukkan nilai sebenar kerja kami”. Adalah penting untuk pengukuran dan penilaian komunikasi menggunakan pendekatan yang lebih bernuansa dan merangkumi pelbagai aspek untuk memahami kesan komunikasi.

6. Pengukuran dan penilaian komunikasi secara holistik merangkumi semua saluran dalam talian dan luar talian yang relevan.

Prinsip awal kami yang menekankan bahawa media sosial harus diukur adalah sangat ketara sekarang. Prinsip versi 2020 mencerminkan keupayaan, peluang, dan pengaruh komunikasi sosial di mana ianya harus diukur dan dinilai setara. Kerangka pengukuran AMEC mempromosikan penjelasan di saluran-saluran yang diperoleh, dimiliki, dikongsi, dan berbayar untuk memastikan konsistensi dalam pendekatan menuju tujuan bersama.

7. Pengukuran dan penilaian komunikasi harus berakar pada integriti dan ketelusan yang mendorong kepada pembelajaran dan penghasilan pandangan.

Pengukuran yang baik, konsisten, dan berlanjutan memerlukan integriti dan ketelusan di kala organisasi perlu mematuhi peraturan baru seperti GPDR akibat perhatian lebih diberikan kepada privasi dan pengawasan data. Penyataan ini juga menunjukkan bahawa pengukuran adalah bukan hanya berkenaan pengumpulan dan penjejakan data, tetapi juga berkenaan pembelajaran daripada penilaian dan menerapkannya dalam perancangan komunikasi. Ia juga menunjukkan keperluan untuk menjadi telus dari segi kemungkinan terdapat berat sebelah dalam konteks penggunaan alat, metodologi, dan penafsiran data.

Translation provided by

Isentia
www.isentia.com